fbpx

Juruwang restoran maut ditikam dalam pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga China yang bekerja sebagai juruwang restoran maut dalam keadaan mengerikan selepas ditikam di sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, mangsa yang berusia 49 tahun itu disahkan mati dengan beberapa kesan tikaman senjata tajam.

“Kami menerima maklumat mengenai kejadian itu yang dipercayai berlaku pukul 3 hingga 4 petang. Setakat ini, terdapat empat hingga lima kesan tikaman pada badan mangsa.

“Senjata yang digunakan dalam kejadian ini masih belum ditemui dan siasatan lanjut mengenainya sedang dijalankan termasuk mengenal pasti motif pembunuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aidil, tujuh suspek yang merupakan rakan sekerja simati ditahan untuk membantu siasatan dan mayat wanita asing itu dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI