fbpx

Helikopter hantar makanan, bantu mangsa banjir Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah helikopter yang membawa pesakit dari PPS Lubok Stol, Rantau Panjang ke hospital di yang mendarat di Mes Batallion Kelapan Pasukan Gerakan Am Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED / KOSMO!

PASIR MAS – Polis Kelantan menggunakan helikopter bermula hari ini untuk menghantar bantuan makanan dan membantu mangsa di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Tumpat dan Rantau Panjang yang sudah terputus hubungan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, PPS yang dikenal pasti adalah tujuh PPS di Pengkalan Kubor, Tumpat dan dua di Rantau Panjang.

Menurutnya, setakat pukul 8 pagi tadi, dua penerbangan telah dilakukan ke dua PPS di Lubok Stol, Rantau Panjang.

“Jadual penerbangan seterusnya melibatkan tujuh PPS di Tumpat. Kita akan memohon bantuan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya situasi banjir semakin buruk.

“Pengangkutan itu turut digunakan untuk membawa penduduk yang berada dalam keadaan cemas dan memerlukan rawatan segera ke hospital,” katanya pada sidang akhbar di Pondok Polis Repek, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI