fbpx

Der Klassiker penentu nasib Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DORTMUND perlu menang ke atas Bayern awal pagi esok untuk membuka peluang memburu gelaran Bundesliga musim ini. - AFP

DORTMUND – Pertembungan sensasi Der Klassiker menentang Bayern Munich di Signal Iduna Park awal pagi esok amat penting untuk menentukan hala tuju Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga musim ini.

Selepas 11 perlawanan, Dortmund ketika ini di tangga kelima, ketinggalan 10 mata di belakang Bayern yang menerajui carta liga dengan 29 mata.

Seandainya tewas, peluang Dortmund untuk memenangi Bundesliga musim ini boleh dikatakan tertutup dalam usaha mereka untuk menamatkan kemarau menjuarai liga sejak kali terakhir pada edisi 2011/2012.

“Ini adalah perlawanan terbesar antara kedua-dua kelab yang ketika ini saya boleh katakan paling berkarisma di Jerman. Kalau ada sesiapa tidak mengiktirafnya, bermakna matanya perlu berjumpa dengan doktor.

“Anda boleh bertanyakan kepada sesiapa di luar negara siapa dua gergasi Jerman? 98.9 peratus akan mengatakan Bayern dan Dortmund,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke.

Dortmund ketika ini masih segar dengan kejayaan menewaskan Dinamo Zagreb 3-0 untuk menduduki kedudukan keempat dalam carta Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Bagaimanapun, ia tidak mudah buat skuad bimbingan Nuri Sahin itu memandangkan Bayern sedang merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut termasuk menang 1-0 ke atas Paris Saint-Germain dalam kempen UCL baru-baru ini.

Meskipun rekod pertemuan tidak memihak Bayern tetapi kali terakhir menentang The Bavarians memihak kepada Dortmund menerusi kemenangan 2-0 pada Mac lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI