PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca baik dan cerah seluruh kawasan Semenanjung tengah hari ini.
Bagaimanapun, cuaca buruk akan melanda seluruh kawasan di Labuan, dan Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Tambahnya, Sabah turut berdepan dengan amaran cuaca buruk yang sama di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Kudat (Pitas dan Kudat).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE