fbpx

Cadang semua NGO Melayu, bumiputera dalam satu badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di IDCC, Shah Alam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencadangkan kesemua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berada di bawah satu badan supaya suara dan permintaan mereka terhadap sesuatu isu lebih kuat didengari kerajaan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi contoh masyarakat Tionghua hanya menubuhkan persatuan Dong Zong sahaja bagi menyuarakan segala permasalahan dan permintaan mereka kepada kerajaan.

“Semua kumpulan dari suku itu berada dalam badan berkenaan memperjuangkan hal ekonomi, sosial, agama dan pendidikan mereka.

“Jadi, saya nampak idea ini baik untuk NGO Melayu dan bumiputera bagi memperjuangkan isu berkaitan dengan mereka lebih kuat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Beliau menambah, fungsi setiap NGO yang berada dalam badan berkenaan tidak terjejas kerana setiap NGO itu ditubuhkan bagi menyuarakan pelbagai isu yang berbeza.

Malah, Muhyiddin menegaskan, pihaknya sedia mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan NGO terlibat mengenai idea tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI