fbpx

Banjir selatan Thai makin buruk, ribuan penduduk hilang tempat tinggal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita menilai kerosakan rumahnya yang dinaiki air berikutan hujan lebat di wilayah Narathiwat, selatan Thailand. - AFP

BANGKOK – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal dalam bencana banjir selepas hujan lebat turun selama tiga hari di selatan Thailand, lapor portal berita Social News XYZ semalam. 

Ketua Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, Wasan Chaitaweewong berkata, bencana itu mengakibatkan seorang pelajar di wilayah Narathiwat terkorban dan lebih 2,700 orang hilang tempat tinggal. 

“Hujan berpanjangan juga menyebabkan 65 sekolah tempatan (Narathiwat) terpaksa ditutup,” kata Chaitaweewong. 

Menurut Jabatan Meteorologi Thailand, amaran hujan lebat kekal berkuat kuasa dengan hujan lebat dijangka meliputi 70 peratus kawasan di wilayah berkenaan sehingga awal Disember ini. 

“Lebih 500 askar dan sukarelawan telah dikerahkan untuk mengedarkan kit bantuan dan membantu memindahkan penduduk terjejas ke kawasan lebih selamat,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Narathiwat, Trakul Totham berkata, sebuah pasukan telah ditubuhkan untuk mempercepatkan saliran air di kawasan terjejas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI