fbpx

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori buruk dan waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sehingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, kawasan terjejas termasuk daerah di Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai, serta di Terengganu yang meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Marang.

Amaran hujan berterusan kategori waspada turut dikeluarkan untuk Hulu Perak di Perak, Gua Musang di Kelantan, serta Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, serta laman media sosial jabatan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline Met Malaysia di 1-300-22-1638. Dalam pada itu, pihak berkuasa turut mengingatkan orang awam untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutama di kawasan yang dijangka terkesan oleh hujan lebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI