fbpx

27 Pos PGA, 10 balai polis di Kelantan tenggelam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Balai Polis Meranti, Pasir Mas yang ditenggelami banjir hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA / KOSMO!
PASIR MAS – Kawalan sempadan Malaysia-Thailand Kelantan tetap kukuh meskipun kesemua 27 pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 10 buah balai polis di tiga daerah tenggelam akibat banjir.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, anggota PGA tetap melakukan rondaan rutin seperti biasa menggunakan bot bagi memastikan keselamatan sempadan negara di tahap terbaik.
“Walaupun pos ditenggelami air sehingga anggota polis perlu berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), tugasan di sempadan tetap diutamakan.
“Rondaan pencegahan jenayah diteruskan seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar di Pondok Polis Repek, Pasir Mas di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, 10 balai polis di Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat ketika ini ditutup selepas ditenggelami banjir.
Katanya, daripada jumlah itu, enam balai polis terjejas berada di Pasir, manakala masing-masing dua buah di Kota Bharu dan Tumpat.
“Anggota polis tetap menjalankan tugas bagi memastikan penempatan mangsa banjir selamat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI