fbpx

’12 jam hanya minum air mineral’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa yang diselamatkan selepas terperangkap selama hampir 12 jam di Klinik Kesihatan Meranti, di Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Seramai 50 mangsa banjir hanya bergantung kepada air mineral sepanjang 12 jam terperangkap dalam Klinik Kesihatan Meranti di sini semalam.

Kesemua mangsa banjir berada di klinik tersebut sejak pukul 2 petang ekoran air naik sehingga 0.4 meter yang menyamai paras leher.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kepolisan Komuniti Kelantan, Ahmad Ikhwan berkata, pihaknya menerima makluman dari bilik gerakan banjir kira-kira pukul 11 malam mengenai seorang warga emas yang terperangkap dan memerlukan oksigen untuk dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

Menurutnya, dia terkejut apabila sampai di situ, hampir 50 penduduk terperangkap termasuk warga emas dan kanak-kanak.

“Kami membawa kesemua mangsa terperangkap ke tempat selamat dengan bot. Operasi menyelamat selesai kira-kira pukul 3 pagi sebelum mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Difahamkan, mereka hanya minum air mineral sepanjang 12 jam terkandas di Klinik Kesihatan Meranti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI