fbpx

Young Tigers makin garang di Oman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOUNG TIGERS meneruskan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan kedua ketika membelasah Oman pada aksi kelmarin. - FB MHC

SKUAD hoki remaja lelaki kebangsaan terus mempamerkan aksi cemerlang apabila membelasah tuan rumah, Oman 9-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Piala Remaja Asia 2024 yang berlangsung di Muscat, Oman, kelmarin.

Kemenangan besar itu sekali lagi menonjolkan ketajaman Mohammad Harris Iskandar Osman yang menyumbang empat gol menerusi jaringan padang dan pukulan sudut penalti.

Ketajaman serangan turut diserlahkan oleh Naaveennash Panicker, Muhammad Handzalah Abdul Hadi dan Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar apabila masing-masing menyumbang gol untuk mengukuhkan dominasi Malaysia.

Young Tigers memulakan perlawanan dengan agresif apabila membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi Harris sebelum menambah tiga lagi gol dalam tempoh 12 minit pertama.

Meskipun Oman mencuri satu gol menerusi Al Qasmi Ahmad, kecekapan Young Tigers memastikan tuan rumah tidak diberi peluang untuk bangkit.

Terdahulu, skuad negara turut mencatat kemenangan meyakinkan 5-2 ke atas China dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B.

Ketua jurulatih, I. Vikneswaran melahirkan rasa puas hati terhadap prestasi pasukan, tetapi mengingatkan pemain untuk kekal fokus menjelang perlawanan penting menentang Bangladesh.

“Kemenangan ini memberikan tiga mata penuh yang sangat penting. Perbezaan sembilan gol adalah bonus buat pasukan. Saya juga gembira melihat keberkesanan latihan penalti sudut yang menyumbang kepada beberapa gol penting,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan memanfaatkan dua hari rehat untuk analisis dan persiapan menyeluruh.

“Kami akan memberi tumpuan kepada latihan fizikal, analisa video dan strategi kerana Bangladesh adalah pasukan yang boleh mencabar kedudukan kami. Pasukan perlu bersedia sepenuhnya untuk memastikan kemenangan,” tambah Vikneswaran.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI