fbpx

[VIDEO] Tiga lori ‘angkut’ anak yatim, asnaf terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan situasi sekumpulan pelajar tahfiz dibawa menaiki lori untuk ke PPS SKK(1), Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak tiga buah lori digunakan bagi membawa anak-anak yatim dan asnaf serta ibu tunggal dari sebuah pondok tahfiz ekoran situasi banjir yang semakin teruk di negeri Kelantan, ketika ini.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @Dannia, difahamkan kesemua mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kamil (SKK) (1) Pasir Puteh, Kelantan.

“Kehadiran mereka tanpa ibu bapa. Pandai-pandailah bawa diri, semoga dipermudahkan urusan kalian,” tulisnya di ruang kapsyen.

Situasi tersebut amat menyentuh hari orang ramai yang menonton apabila terdapat pelajar masih kecil tetapi perlu mengharungi dugaan banjir ini tanpa kasih sayang ibu bapa.

Perkongsian pengguna itu juga mendapat lebih 11,900 tontonan dalam tempoh 16 jam.

“Kasihannya anak-anak,” kata Nur Sauqina.

“Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan terima kasih kepada yang membantu,” ujar Fauziah Said.

“Moga syurga buat anak-anak ini. Kalau anak-anak lain takut musim hujan, boleh peluk mak ayah mereka. Terima kasih kepada yang bantu anak-anak yatim ini,” kata Nalela. – KOSMO! ONLINE

@aleesyadannia Kehadiran mereka tanpa ibu bapa..pandai-pandailah bawa diri Semoga dipermudahkan urusan kalian #banjir2024 ♬ Sedih Galau – Ercandra

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI