fbpx

[VIDEO] Cuaca buruk, pesawat ke Kota Bharu patah balik ke KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna TikTok @afnan_mz berkongsi detik cemas yang dilaluinya bersama anak kapal lain apabila pesawat dinaiki mereka terpaksa berpatah balik ke KLIA, malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang penumpang pesawat berkongsi detik cemas dihadapinya bersama anak kapal yang lain apabila penerbangan mereka terpaksa berpatah balik dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Ia berikutan cuaca yang buruk apabila berlakunya hujan lebat serta angin kencang sehingga menyukarkan pesawat untuk mendarat, malam tadi.

Berkongsi cerita, pengguna TikTok @afnan_mz berkata, ketika kejadian pesawat sudah tiba di LTSIP namun hanya sekadar ‘on-ground’ sebelum bertindak untuk berpatah balik ke KLIA.

“Kali pertama dalam hidup, Alhamdulillah umur masih panjang. Mengucap panjang jugalah,” katanya di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen perkongsian tersebut, seorang pengguna memberitahu dia turut berada dalam pesawat terbabit dan telah berlepas semula ke LTSIP pada pukul 6.45 pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, semua daerah di Kelantan dan Terengganu berdepan cuaca buruk dengan jangkaan hujan sangat lebat sepanjang hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di dua negeri tersebut selain turut melibatkan daerah Jerantut dan Kuantan di Pahang. – KOSMO! ONLINE

@afnan_mz Flight terpaksa patah balik ke KLIA sbb x leh nk landing di Airport KB… Cuaca x mengizinkan . 1st time kena dlm hidup. Alhamdulillah umur masih panjang. InsyaAllah pasti ada hikmahnya 😊 . Dh smpai KB tp hnya on-ground je 🥺 mengucap panjang jugak laa 😰 . Hati2 sahabat hk duk klate… Jaga diri molek2 . #banjir #kelantan #banjirkelantan #banjir2024 #fyp #berandatiktok ♬ wali band ya Allah – Muhamad albie away

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI