fbpx

Tiga beranak dikhuatiri terperangkap dalam rumah ditimbus tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat tiga sekeluarga yang dikhuatiri terperangkap di dalam rumah ditimbus runtuhan tanah di Kampung Bukit Apil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seramai tiga individu dikhuatiri terperangkap di dalam sebuah rumah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, Ajil di sini hari ini.

Identiti mangsa yang dipercayai tiga sekeluarga terbabit dalam insiden berlaku pada kira-kira pukul 4.59 petang itu masih belum dikenal pasti.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Mohd. Aidil Khairim Abd. Wahab berkata, sepasukan 16 anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian tersebut.

“Maklumat awal diperoleh mendapati tiga mangsa terperangkap (dalam runtuhan berkenaan). Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 5.17 petang,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Aidil Khairim berkata, operasi mencari dan menyelamat baki dua mangsa yang dikatakan masih terperangkap sedang giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI