fbpx

Solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan batal akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail penduduk menunaikan solat Jumaat semasa musim tengkujuh di Masjid Mukim Simpangan pada tahun lalu.

TUMPAT – Solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan di sini, hari ini terpaksa dibatalkan selepas ruang utama rumah ibadat itu ditenggelami banjir sedalam dua meter berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu dan limpahan air Sungai Golok.

Imam Masjid Mukim Simpangan, Mat Razi Mat Ail berkata, ini merupakan kejadian pertama kali masjid tersebut dinaiki air dan ia disifatkan sebagai luar biasa.

“Banjir lebih teruk berbanding 2014 lalu kerana paras air di dalam masjid mencecah 0.3 meter. Meskipun pekarangan masjid bagaikan lautan pada banjir tahun-tahun lalu, solat Jumaat tetap dapat dilaksanakan,” katanya.

Mat Razi memberitahu, dia berharap seluruh penduduk terus berdoa semoga banjir yang melanda kali ini cepat surut dan kembali pulih seperti biasa.

Selain masjid Simpangan, banjir turut menjejaskan Masjid Mukim Kajang Sebidang dan Masjid Mukim Bendang Pak Yong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI