fbpx

Piala Malaysia: Terengganu FC melangkah ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tengah TFC, Manuel Ott (dua dari kanan) diasak penyerang Melaka FC, Oumar Bongoura (kanan) pada aksi kedua pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Biarpun sekadar seri 0-0, Terengganu FC (TFC) tetap melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas mengatasi Melaka FC dengan agregat 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Naib juara Piala Malaysia musim lalu itu bakal berhadapan dengan Negeri Sembilan bagi aksi seterusnya selepas ini.

Rentak permainan kedua-dua pasukan agak terencat ekoran keadaan padang yang basah dan lecak akibat hujan lebat sepanjang tempoh 90 minit permainan.

Melaka bermula garang untuk mencari gol bagi mendekatkan agrerat namun percubaan penyerang, Abdul Azim Rahim tepat ke dakapan penjaga gol tuan rumah, Muhammad Rahadiazli Rahalim pada minit keempat.

TFC yang tersentak cuba kembali menyusun serangan menerusi trio Safawi Rasid, Akhyar Rasid dan pemain import, Nelson Wilfredo Bonnilla namun kebanyakannya dibantutkan oleh struktur padang.

Pemain pertahanan skuad Sang Penyu, Muhammad Safwan Mazlan hampir memecah kebuntuan namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gawang Negeri Sembilan, Ameerul Eqhwan Mohd. Fauzi pada minit ke-34.

Percubaan Safawi pada minit ke-43, 48 dan 53 juga gagal memecah kebuntuan menerjah gawang skuad Sang Kancil.

Tandukan Bonilla pada minit 56 dan 62 turut berjaya dinafikan Ameerul Eqhwan yang bertindak cemerlang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI