fbpx

Persimpangan Kiwa ditenggelami air, sebahagian laluan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian banjir kilat berlaku ekoran hujan lebat sejak malam tadi. Foto IHSAN POLIS SEPANG

SEPANG – Hujan sejak malam tadi menyebabkan beberapa laluan di sekitar daerah ini ditutup untuk semua kenderaan.

Difahamkan, antara laluan berkenaan termasuk persimpangan lampu isyarat Kiwa selepas sebahagian laluan itu ditenggelami air.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang memaklumkan, laluan yang ditutup setakat pukul 8 pagi tadi ialah dari Kota Warisan ke Bandar Baru Salak Tinngi (BBST) dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Warisan.

“Pemakluman bahawa penutupan jalan sementara di jalan BBST-Kota Warisan dan laluan alternatif bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalan raya berikutan paras air yang naik boleh mengundang pelbagai masalah kepada kenderaan.

“Penutupan jalan bermula hari ini sehingga dimaklumkan,” katanya hari ini.

Selain itu, IPD Sepang turut menasihati semua pengguna jalan raya untuk memberi kerjasama dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif dalam tempoh berkenaan.

Pengguna jalan raya juga dinasihati menggunakan laluan alternatif dari Putrajaya keluar di Plaza Tol Bandar Serenia untuk ke KLIA manakala bagi pengguna yang datang dari arah Kota Warisan, dinasihati menggunakan laluan keluar di Ayamas untuk ke KLIA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI