fbpx

Pemuda tidak mengaku ‘aniaya’ remaja 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kemeja-T merah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Balik Pulau, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

BALIK PULAU – Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Nasrul Afiq Muhamad Ghani,18, membuat pengakuan tersebut setelah mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai mekanik itu didakwa merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun di sebuah kediaman di Balik Pulau, antara pukul 1 hingga 1.30 pagi, 22 November lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Jin Hong tidak menawarkan sebarang jaminan disebabkan satu kesalahan yang berat dan mangsa di bawah umur.

Hakim kemudian tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 19 Disember bagi sebutan semula dan lantikan peguam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI