fbpx

Peluang kedua pemain badminton universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Universiti UCSI muncul juara kategori berpasukan campuran Kejohanan Piala Badminton Universiti Asics 2024 di Putrajaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kejohanan Piala Universiti Badminton Asics 2024 dilihat mencapai objektif kerana penganjurannya secara tidak langsung seakan menawarkan ‘peluang kedua’ buat pemain-pemain badminton di peringkat universiti.

Penganjur kejohanan, Daphne Ng berkata, pemain-pemain yang pernah mewakili negara tetapi kini tidak lagi, boleh menjadikan penganjuran edisi pertama yang diadakan di IOI City Mall Putrajaya minggu lalu sebagai pentas memperagakan kemampuan mereka.

“Ada beberapa pemain badminton yang sebelum ini di bawah BAM (Persatuan Badminton Malaysia) tetapi dilepaskan. Rata-rata mereka adalah pemain dari universiti.

“Tidak bermakna apabila mereka tidak lagi bersama BAM, karier badminton mereka sudah berakhir. Jadi universiti bukan sahaja menawarkan mereka peluang bermain badminton tetapi juga dari segi pelajaran untuk masa depan mereka.

PENGANJURAN edisi pertama Kejohanan Piala Badminton Universiti Asics 2024 berjaya mencapai objektifnya.

“Sebab itu saya gembira dengan sambutan dan penganjuran kejohanan ini yang saya anggap mencapai objektifnya. Tidak mustahil kami akan terus menganjurkan kejohanan seperti ini pada tahun-tahun depan.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk penaja-penaja antaranya Asics, JBL, Vitahealth, MILO Malaysia kerana bersama-sama menjayakan penganjuran kejohanan ini,” katanya.

Pada kejohanan itu, adik kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong iaitu Ng Tze Chian berjaya membantu pasukan, Universiti UCSI muncul juara kategori berpasukan dengan menewaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

TZE CHIAN berjaya menghadiahkan mata pertama buat UCSI ketika menewaskan UTAR baru-baru ini.

Tze Chian yang bergandingan bersama Sik Xiao Hui menghadiahkan mata pertama buat UCSI dalam acara beregu campuran menewaskan Tan Ming Yue-Lim Xin Yi 21-16, 21-10.

Mata kedua UCSI berjaya diraih dalam acara beregu lelaki menerusi gandingan Lim Yik Fong-Ryan Chang Zi Xuan menewaskan Khoo Yong Jian-Teo Hong Kai 21-17, 21-11 sekali gus memenangi kategori berpasukan dengan keputusan 2-0.

Sebelum perlawanan itu, UCSI terlebih dahulu menang 2-0 ke atas Universiti Monash.

Sebagai rekod, tempat kedua dimenangi UTAR, manakala Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) meraih tempat ketiga bagi kategori berpasukan kejohanan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN