fbpx

Naik syeikh! Wanita joget tanpa baju calon pilihan menang pilihan raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang wanita menanggalkan pakaiannya di khalayak ramai. - Tribunnews

JAKARTA – Perbuatan seorang wanita di Dompu, wilayah Nusa Tenggara Barat yang berjoget tanpa baju di tengah jalan selepas calon pilihannya memenangi undian dalam Pilihan Raya Daerah (Pilkada) mengundang kecaman orang ramai.

Portal berita Abatanews melaporkan, kejadian berlaku di daerah Kempo pada 27 November lalu. 

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan wanita itu menanggalkan pakaiannya di khalayak ramai. 

Dia kemudian berjoget sambil bersorak bersama rakan-rakannya tanpa rasa malu. 

Ketua Polis Kempo, Ipda Jubaidin berkata, aksi tersebut merupakan reaksi atas kemenangan calon yang dipilih. 

Jubaidin menegaskan orang ramai untuk menunggu maklumat serta keputusan rasmi daripada Komisi Pemilihan Umum (KPU).  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI