KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan mencatatkan peningkatan apabila seramai 59,214 orang daripada 17,553 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Sekreteriat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, kesemua mangsa ditempatkan di 221 PPS di 10 buah daerah.
Menurutnya, Pasir Mas mencatatkan mangsa paling ramai dengan 22,156 orang, Tumpat (8,434), Kota Bharu (5,944), Kuala Krai (5,253), Pasir Puteh (4,946), Machang (4,395), Tanah Merah (4,366), Bachok (2,844), Jeli (830) dan Gua Musang (46).
“Tujuh sungai utama iaitu Sungai Lebir, Tualang di Kuala Krai, Sungai Kelantan (Tangga Krai dan Tambatan Diraja), Sungai Golok (Jenob, Rantau Panjang dan Kuala Jambu) dan Sungai Semerak (Pasir Puteh) berada pada paras bahaya.
“Hanya Sungai Galas di Dabong mencatatkan bacaan amaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE