fbpx

Malbatt 850-12 salur sumbangan bantu penduduk hadapi musim sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johan Effendi (dua dari kiri) ketika menyampaikan bantuan di Tibnine Government Hospital, Lebanon baru-baru ini.

PETALING JAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan Malbatt 850-12 telah melaksanakan prograr Civil Military Cooperation (Cimic) di Tibnine Government Hospital, Lebanon sebagai sebahagian daripada usaha membantu masyarakat setempat menghadapi cabaran musim sejuk.

Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan memaklumkan, sumbangan itu disampaikan oleh Komander Malbatt 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd. Shalleh kepada wakil Pengarah Hospital Tebnine, Hasan Abbas, Selasa lalu.

Menurutnya, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada komitmen Malbatt 850-12 untuk memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.

“Sumbangan itu termasuk ubat-ubatan dan peralatan hospital serta mainan dan bahan bacaan kanak-kanak daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, inisiatif itu bertujuan meringankan beban masyarakat tempatan dan menyokong misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) dalam mempromosikan keamanan dan kesejahteraan.

“Program ini merupakan aktiviti pertama yang dilaksanakan oleh Malbatt 850-12 sejak mengambil alih tugas operasi pada 16 November lalu.

“Kejayaan program ini menjadi langkah awal yang signifikan dalam membina kepercayaan dan hubungan erat antara pasukan pengaman dan masyarakat tempatan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI