fbpx

Lima sekeluarga cemas MPV hanyut di Bukit Rokan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima sekeluarga terselamat selepas MPV Toyota Voxy yang mereka naiki dihanyutkan arus deras di Jalan Bukit Rokan, Gemencheh, awal pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

TAMPIN – Lima sekeluarga berusia lingkungan empat hingga 40-an berhadapan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Voxy dinaiki mereka dihanyutkan arus deras di Jalan Bukit Rokan, Gemencheh, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 12 tengah malam memaklumkan kejadian menimpa keluarga tersebut yang dalam perjalanan dari Jelai ke Bukit Rokan.

Katanya, pasukan bomba berhadapan dengan cabaran air terlalu deras dan dalam serta terpaksa berpatah balik menggunakan laluan lain yang lebih selamat bagi mencari kenderaan yang dihanyutkan itu.

“Kita berjaya menyelamatkan empat ahli keluarga termasuk tiga anak pasangan berkenaan yang paling kecil iaitu kanak-kanak perempuan empat tahun di atas kereta kira-kira pukul 3 pagi.

“Si bapa pula sudah hanyut ke tengah dan pasukan berjaya menemui mangsa dalam keadaan selamat kira-kira pukul 4.30 pagi. Semua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI