fbpx

[KEMAS KINI] Lebih 55,000 mangsa di Kelantan, terburuk selepas Bah Kuning 2014

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam meredah banjir yang melanda Kok Lanas, Ketereh dekat Kota Bharu semalam. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

PETALING JAYA – Seramai 67,620 mangsa banjir telah dicatatkan di enam negeri setakat ini, menurut laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Melalui laman web JKM, angka tersebut melibatkan 21,116 keluarga manakala sebanyak 480 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Sehingga kini, enam negeri terlibat iaitu Kelantan dengan 55,426 mangsa, Terengganu (10,336), Kedah (1,501), Perlis (331), Perak (20) manakala di Selangor seramai enam orang.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan unjuran daripada sistem amaran awal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) banjir di Kelantan dan Terengganu kali ini dijangka lebih buruk berbanding bencana tahun 2014.

Bah Kuning yang melanda Kelantan mencatatkan mangsa mencecah 170,000 orang daripada kira-kira 36,000 buah keluarga ditempatkan di 309 buah pusat pemindahan sementara melibatkan lapan daerah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI