fbpx

Kediaman rasmi MB Kedah dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kediaman rasmi MB Kedah di Seri Mentaloon yang turut dimasuki air, hari ini.

ALOR SETAR – Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, di sini turut dinaiki air berikutan bencana banjir yang melanda negeri ini.

Menurut Pegawai Khas Media Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid, air dari Sungai Kedah yang terletak di belakang Seri Mentaloon mula memasuki pekarangan kediaman rasmi tersebut, awal pagi tadi.

“Air mula melimpah dari sungai di belakang kediaman rasmi sejak awal pagi tadi dan terlebih dahulu memasuki kuarters kediaman kakitangan yang terletak tidak jauh dari sungai.

“Paras air terus meningkat sehingga memasuki ruang tamu, dapur dan ruang makan kediaman rasmi. Setakat ini paras air di dapur mencecah 0.5 meter,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bersama keluarganya masih kekal menginap di kediaman rasmi setinggi dua tingkat itu.

“Ini bukanlah kali pertama Seri Mentaloon dinaiki air dan pernah berlaku di situ dalam kejadian bah besar 2010.

“Banjir pada September lalu turut menyebabkan air masuk ke kediaman rasmi namun kali ini keadaannya lebih teruk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI