fbpx

Jumlah mangsa di Perlis kini 489 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis memantau kawasan rumah yang dinaiki air di Perlis. Foto IHSAN PDRM

KANGAR – Jumlah mangsa banjir di Perlis mencecah 489 orang melibatkan 145 keluarga dari kawasan Parlimen Padang Besar, Arau dan Kangar, pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, semua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

“PPS Dewan Warisan di Kangar dibuka pada pukul 12 tengah hari semalam dan kini menempatkan 33 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 109 orang.

“Dua lagi PPS di Arau iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Arau dan Guar Nangka menempatkan seramai 188 mangsa daripada 76 keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, bilangan mangsa di PPS SK Titi Tinggi pula mencatatkan 132 mangsa daripada 36 keluarga yang terkesan di beberapa kampung sekitar kawasan Titi Tinggi.

Dalam pada itu, analisa situasi semasa mendapati tiada hujan, tiupan angin selaju 18 kilometer sejam dan trend air sungai semakin meningkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI