fbpx

Johari ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri CPOPC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (lapan dari kiri) mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta, Indonesia bagi menghadiri Mesyuarat Menteri CPOPC hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta, Indonesia bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) hari ini.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam satu kenyataan berkata, CPOPC merupakan pertubuhan antarabangsa di mana keahliannya terdiri daripada negara pengeluar minyak sawit.

“Antara ahli CPOPC termasuk Malaysia, Indonesia dan Honduras, manakala Ghana, Papua New Guinea dan Colombia terlibat sebagai negara pemerhati.

“Pada mesyuarat kali ini, CPOPC juga telah bersetuju untuk menerima masuk negara Democratic Republic of Congo dan Nigeria sebagai negara pemerhati dengan tujuan menjadi ahli penuh dalam tempoh du tahun,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan, dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto tersebut, Jobari menekankan kepentingan bidang fokus CPOPC sebagai pertubuhan antarabangsa.

Menurut Johari, ia dapat menangani persepsi negatif dan tuduhan tidak berasas yang dilontarkan terhadap minyak sawit.

Johari berkata, CPOPC juga akan melaksanakan kajian saintifik khusus untuk membalas dakwaan tersebut dan menerangkan kebaikan minyak sawit kepada dunia.

“Datuk Seri (Johari) juga telah mencadangkan agar CPOPC memberi fokus kepada usaha-usaha untuk mempertingkatkan kredibiliti CPOPC dengan menyokong penglibatan negara-negara pemerhati (Colombia, Ghana dan Papua New Guinea) sebagai ahli penuh dan meluaskan keahlian pertubuhan tersebut,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI