fbpx

Jemaah naik ‘tong air’ tunai solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah dibawa menggunakan bekas takungan air untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuan Hussein di Titi Gajah, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Banjir yang melanda negeri ini berikutan hujan lebat berpanjangan sejak Selasa lalu turut menyebabkan pekarangan Masjid Tuan Hussein di Titi Gajah, di sini dinaiki air buat kali keempat pada tahun ini.

Meskipun keadaan kali ini lebih teruk berbanding sebelumnya, lebih 200 jemaah tetap hadir ke masjid itu untuk menunaikan solat Jumaat.

Menurut Setiausaha masjid tersebut, Musa Bari, 63, penduduk setempat tetap hadir beramai-ramai ke masjid untuk menunaikan kewajipan itu walaupun rumah mereka digenangi banjir sejak semalam.

“Bagi memudahkan pergerakan warga emas dan kanak-kanak, ahli jawatankuasa masjid menyediakan dua bekas takungan air untuk membawa mereka ke ruang solat masjid yang tidak dimasuki air.

“Setelah selesai solat, kami kemudian menggunakan kaedah sama untuk membantu jemaah keluar dari masjid ke tempat selamat. Kebetulan terdapat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di situ dan mereka turut menggunakan sampan milik agensi tersebut untuk membantu membawa keluar jemaah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI