fbpx

[VIDEO] Jalan Kluang – Kahang dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis melakukan pemantauan di beberapa laluan lintasan air di Jalan Kluang - Mersing selepas hujan lebat, sejak awal pagi tadi.

KLUANG – Hujan lebat lebih dua jam sejak awal pagi tadi menyebabkan hanya kenderaan berat dan pacuan empat roda dibenarkan melalui Batu 16, Jalan Kluang – Mersing, berhampiran Kilang Minyak Sawit Pertubuhan Peladang Negeri Johor, di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kenaikan air berlaku bermula pukul 9.30 pagi tadi akibat limpahan air melintasi jalan sedalam kira-kira 0.25 meter sepanjang 50 meter di atas jalan.

Katanya, tindakan yang dilakukan pada masa ini adalah menempatkan anggota bertugas di kawasan terlibat bagi kawalan lalu lintas.

“Jalan utama yang menghubungkan Kluang – Mersing di Batu 17 telah dinaiki air banjir dan melimpah di atas jalan raya. Hanya kenderaan berat boleh melepasi jalan tersebut.

“Bagaimanapun, pemantauan dari Batu 18 hingga ke Batu 29 Jalan Kluang – Mersing didapati tiada jalan yang dinaiki air,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI