fbpx

David Bayu teruja gamatkan Nyalafest 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
David Bayu buat julung kalinya menyemarakkan Festival Muzik Nyalafest 2024 yang akan berlangsung esok.

PETALING JAYA – Penampilan penyanyi terkenal dari Indonesia, David Bayu buat julung kalinya dijangka menyemarakkan lagi Festival Muzik Nyalafest 2024 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur esok.

Bekas vokalis band Naif itu juga akan membuat persembahan selama satu jam bersama barisan pemuzik pengiring untuk menghiburkan peminat di Kuala Lumpur pada konsert berkenaan.

Jurucakap penganjur yang juga pengasas Wolfstrike Brothers, Fizzany Adnan berkata, pemilihan David demi memenuhi permintaan peminat di negara ini.

“David sangat teruja dan tidak sabar untuk menghiburkan peminat di Kuala Lumpur dengan rangkaian lagu hit nanti.

“Penampilan David juga melengkapkan lagi barisan artis terkenal dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia untuk menyemarakkan Festival Muzik Nyalafest.

“Kepada peminat yang masih belum mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan barisan artis popular dari dua negara serumpun ini, mereka masih boleh berbuat demikian dengan melayari laman web myticketempire,” katanya.

Selain David, Festival Muzik Nyalafest 2024 dijayakan artis terkenal Indonesia, Feby Putri, Pamungkas, Bernadya, Diskoria, Romantic Echoes, Bilal Indrajaya dan Fugo, manakala artis tuan rumah pula dibarisi Noh Salleh X Restoe Iboe.

Berkongsi mengenai acara lagi, kata Fizzany, pihaknya juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik di luar stadium untuk memeriahkan lagi festival berkenaan.

“Aktiviti akan bermula seawal jam 10 pagi dengan sesi perkongsian daripada mereka yang berpengalaman dalam industri seni untuk berkongsi ilmu iaitu pengarah filem, Nik Amir Mustapha, Gilang Propagila (zine), Adib Azfar (The Fatalis) dan Rezavebrian (grafik) dan Kukubesi (grafik).

“Orang ramai di luar stadium juga boleh menonton persembahan hiburan dari band Oki Rama dan penyanyi lagu runut bunyi (OST) filem Babah, Panji Sakti secara percuma antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang.

“Selain acara cabutan bertuah menanti pengunjung, ada pelbagai gerai menjual makanan dan minuman disediakan untuk orang ramai di luar stadium,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI