PUTRAJAYA – Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir melanda negara ketika ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar menteri dan timbalan menteri untuk turun ke padang bagi menyantuni mangsa banjir yang terjejas.
“Ya (cuti dibekukan). Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan),” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita adakah cuti menteri akan dibekukan ketika musim banjir melanda negara ketika ini. – KOSMO! ONLINE