fbpx

Cassandra raih emas ketiga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASSANDRA

KUALA LUMPUR – Pelari muda negara, Cassandra Joanna Patrick berjaya menebus kekecewaan dengan meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) lari berpagar wanita pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara bawah 18 tahun (B-18) di Stadium Likas, Sabah hari ini.

Cassandra yang kali pertama mewakili Malaysia, menamatkan larian dengan catatan 14.35 saat (s) sekali gus menambah koleksi emas ketiga buat negara pada kejohanan edis ke-16 tersebut.

Atlet berusia 17 tahun itu mendominasi perlumbaan dari awal, meninggalkan rakan sepasukan, Abernetha Elissa Tadius yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa 14.73s.

Pingat gangsa menjadi milik pelari Vietnam, Do Han Mai Hien yang mencatat masa 14.96s.

“Saya benar-benar rasa tak sangka boleh menang hari ini (semalam) dan saya juga berjaya menebus kekecewaan sewaktu Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang lepas.

“Ini kali pertama saya mewakili Malaysia dan telah menjalani latihan bersungguh-sungguh, akhirnya saya melakukan yang terbaik. Saya harap dengan kemenangan ini saya dapat melakukan lebih baik.

“Kemenangan saya capai ini adalah pingat emas ketiga buat Malaysia. Saya juga gembira kerana ini catatan peribadi terbaik saya,” kata Cassandra.

Sebelum itu, Malaysia meraih dua pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki menerusi Muhammad Fitri Nurhan Syamsuddin dengan lompatan sejauh 6.88 meter,

Emas kedua diraih oleh Muhammad Harith Haikal mencatatkan masa 13.31 saat dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN