fbpx

Calon SPM terjejas banjir dibenarkan duduki peperiksaan di sekolah lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (kanan) menyantuni mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Demit, Kubang Kerian dekat Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di beberapa negeri yang terjejas banjir boleh menduduki peperiksaan itu di mana-mana pusat peperiksaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, seramai lebih 2,000 calon SPM dari 163 buah sekolah dikenal pasti terjejas banjir sehingga pukul 7 malam tadi.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 286 sekolah di negeri-negeri terlibat banjir dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Pusat peperiksaan SPM yang bermula pada 2 Disember ini telah dipersiapkan untuk mengambil calon peperiksaan dari luar daerah mereka.

“Ini merupakan antara langkah drastik yang diambil bagi memastikan setiap calon SPM dapat menduduki peperiksaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Demit, Kubang Kerian, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina memberitahu, Kementerian Pendidikan (KPM) juga bersedia untuk memberi bantuan psikososial kepada calon SPM yang berdepan trauma akibat bencana banjir.

Katanya, langkah tersebut telah diatur bersama Jabtan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah di kawasan-kawasan terlibat banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI