fbpx

Bilik gerakan bencana JKR diaktifkan, pantau banjir 24 jam – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke CIDB IBS Sdn Bhd, Cheras, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) diaktifkan bagi memantau bencana banjir yang berlaku susulan Monsun Timur Laut.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia beroperasi 24 jam ekoran amaran banjir sudah berada di tahap merah.

“Ia diaktifkan selama 24 jam dengan enam pelaporan tujuh hari seminggu kerana berada di tahap tiga (merah).

“Semalam, Bilik Gerakan Bencana berkenaan pantau 117 kawasan banjir, banjir kilat (15), satu jalan mendap, cerun runtuh (5) dan jalan runtuh (2).

“Boleh layari laman http://bencanaalam.jkr.gov.my/ bagi mengetahui lokasi tepat kawasan banjir serta cadangan melalui jalan pintas lain,” katanya ketika ditemui Kosmo!, di CIDB IBS Sdn Bhd hari ini.

Katanya, orang awam juga boleh menghubungi talian Hotline Bilik Gerakan Bencana JKR untuk melapor dan mendapatkan sebarang maklumat terkini berkenaan bencana terutamanya di sepanjang Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di 03-2610 7727.

Mengulas lanjut mengenai kejadian jalan runtuh, pihaknya sedang berusaha membaik pulih jalan susulan mendapan tanah yang berlaku di Kilometer 187 hingga 189 Jalan Kenyir-Aring Hulu Terengganu.

“Itu memang dalam pengetahuan kita dan kita telah lakukan hal-hal kecemasan (penutupan jalan) di kawasan berkenaan.

“Kita akan berusaha untuk memperbaiki jalan itu atau ada kaedah lain. Pada masa sama kita telah beri arahan untuk tidak melalui kawasan itu, cuba cari laluan alternatif yang diberikan dalam portal kita,” ujarnya.

Semalam media melaporkan satu mendapan tanah di Kilometer 187 hingga 189 Jalan Kenyir-Aring di Hulu Terengganu menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya daripada sebarang kenderaan.

Pengarah JKR negeri Terengganu, Ir Dr Hasli Ibrahim berkata, laluan berkenaan termasuk 31 jalan yang ditutup setakat ini selepas dinaiki air akibat hujan lebat kelmarin.

Menurutnya, jalan lain yang ditutup adalah tujuh di Besut, Hulu Terengganu (sembilan), Setiu (enam), Kemaman (lima) dan Dungun (empat).

Daripada itu, dua jalan utama yang ditutup adalah Jalan Seberang Jertih ke Bukit Yong sempadan Terengganu-Kelantan di Kampung Nangka, Besut yang dinaiki air sedalam 0.8 meter (m) sejauh 600 m dan Jalan Air Putih-Chukai di Kampung Tasik Biru, Kemaman.

Katanya, 13 jalan ditutup berperingkap kepada kenderaan ringan iaitu empat di Besut, Hulu Terengganu (satu), Setiu (lima), masing-masing satu di Kemaman dan Marang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI