fbpx

Berbisiklah kepada kami jika ada isu-isu tular – Pengerusi MAIWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Kamarulzaman (enam dari kiri) bergambar bersama wakil media pada Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra MAIWP bersama media di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur malam ini.

KUALA LUMPUR – “Berbisiklah kepada kami terlebih dahulu jika ada isu-isu tular membabitkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)”.

Demikian permintaan Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer di hadapan kira-kira 50 petugas media yang diraikan di ibu negara malam.

Menurut beliau, pada zaman teknologi maklumat dan media sosial MAIWP perlu responsif dan bertindak segera terhadap sebarang isu.

“Zaman sekarang ini dalam sesaat (isu) boleh masuk dalam media sosial dan kadangkala tiada peluang untuk (MAIWP) respons orang sudah percaya.

“Kalau respons kemudian pula kelihatan agak defensif, jadi diharapkan dengan sokongan rakan media dapat menyalurkan maklumat yang sebenar,” katanya pada Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra MAIWP Bersama Media di Hotel Vivatel di sini malam ini.

Terdahulu, Syed Kamarulzaman berkata, Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra MAIWP Bersama Media merupakan program tahunan bagi mengeratkan silaturahim antara MAIWP dengan petugas media.

Jelas beliau, sinergi antara MAIWP dan media amat diperlukan dalam mewar-warkan kepada masyarakat setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh MAWIP.

“Apabila saya masuk MAWIP saya nampak MAWIP kurang ‘exposure’, tetapi sebagai satu organisasi yang diamanahkan amat penting masyarakat tahu apa yang MAWIP lakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI