fbpx

9 balai polis di Pasir Mas, Tumpat terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas yang terjejas banjir.

KOTA BHARU – Sebanyak sembilan balai polis di Pasir Mas dan Tumpat dekat sini terjejas ekoran situasi banjir yang melanda Kelantan ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua anggota dan pegawai yang terlibat dengan banjir di balai tersebut sudah dipindahkan ke lokasi selamat.

“Meskipun balai polis di dua daerah itu terjejas banjir, tahap keselamatan negara tidak akan dikompromi.

“Dengan adanya sokongan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera (ATM), aspek keselamatan negara telah dikoordinasi.

“Pasukan PGA dan ATM dari negeri lain juga sedang diatur gerak untuk membantu menjaga keselamatan semasa banjir di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, seramai lebih 7,000 anggota pasukan keselamatan sudah dihantar untuk membantu penduduk di Kelantan yang terjejas banjir.

“Aset milik Angkatan Tentera (ATM) yang telah digerakkan ke Kelantan adalah trak dengan berat tanpa muatan (BTM) seberat 3 tan dan 5 tan bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa banjir.

“Ketika ini, kita juga sedang mengatur gerak trak dengan kapasiti BTM 7 tan untuk melaksanakan operasi sepanjang musim banjir,”ujarnya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat memberitahu, selain itu aset-aset lain dikendalikan oleh polis, Angkatan Pertahan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digerakkan bantu melancarkan operasi menyelamat.

Katanya, selain itu, Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) turut menawarkan khidmat untuk membantu mangsa banjir dengan bot-bot mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI