fbpx

161 mangsa banjir di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Meru Klang. Foto oleh FACEBOOK

SHAH ALAM – Hujan berterusan sejak petang semalam mengakibatkan banjir di sekitar Klang dengan 161 mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ini melibatkan 40 buah keluarga kesemuanya yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dan Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Bukit Kapar.

Secara pecahannya setakat pukul 8.46 pagi, PPS SK Sungai Binjai menempatkan 138 mangsa daripada 34 keluarga manakala seramai 23 individu dari enam keluarga di PPS Balai MPPK Bukit Kapar.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan seramai 36 anggota termasuk pegawai terlibat dalam pemantauan dan operasi banjir tersebut.

Ini melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Bukit Jelutong, Dengkil dan Subang Jaya.

Dalam pada itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor menunjukkan paras air sungai di stesen Pekan Meru (Klang) melepasi paras bahaya dengan bacaan 4.74 meter(m) berbanding paras normal 2.8m setakat pukul 9.30 pagi ini.

Paras air sungai di stesen Taman Desa Kemuning pula berada tahap amaran dengan bacaan 2.8m. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI