fbpx

15 penduduk rayu bantuan, 3 hari terperangkap di tingkat atas rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk di Kampung Senor, Meranti dekat Pasir Mas yang ditenggelami banjir, hari ini.

PASIR MAS – Seramai 15 mangsa banjir daripada tiga keluarga di sini, merayu agar pihak berkuasa datang menyelamatkan mereka selepas terperangkap di tingkat atas sebuah rumah di Kampung Senor, Meranti, sejak tiga hari lalu.

Rosilawaty, 42, berkata, mereka terpaksa menyelamatkan diri ke tingkat atas itu selepas air naik mendadak.

Memburukkan lagi keadaan katanya, paras air semakin meningkat dan kini sudah hampir mencecah lantai tingkat atas kediamannya itu.

“Kami tidak dapat keluar menyelamatkan diri kerana air deras. Ibu saudara saya menghidap masalah penglihatan manakala ayah pula uzur.

“Saya bersama ahli keluarga sudah tiga hari terperangkap di sini. Bekalan elektrik terputus dan stok makanan hampir habis,” katanya.

Rosilawaty memberitahu, dia ketika ini bimbang sekiranya terputus hubungan kerana bateri telefon semakin kritikal.

“Kami sudah habis ikhtiar meminta bantuan, tetapi tiada siapa datang bantu bawa kami keluar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI