fbpx

[VIDEO] ‘Yang pesan ni tengah gali kubur, atau dalam kubur?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengalaman seram yang dikongsikan penghantar makanan apabila menerima pesanan di kawasan perkuburan.

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan di Kluang, Johor berdepan pengalaman seram apabila mendapati pesanan yang perlu dihantar beralamatkan sebuah tanah perkuburan.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok oleh @laicibp berkapsyen “Yang order ni tengah gali kubur ke? Atau dalam kubur?”, lelaki tersebut menunjukkan paparan aplikasi Waze yang memaparkan lokasi penghantaran.

Namun, ketika kamera di halakan ke kiri, kelihatan jelas sebuah kawasan tanah perkuburan, menambah lagi keanehan situasi itu.

“Saya cuba hubungi pemesan, tapi panggilan tak dijawab. Yang buat saya meremang, nama pemesan dekat aplikasi tu ‘Saya di sini’,” katanya membalas komen.

Hantaran ini telah membuat pengguna media sosial lain turut sama meluahkan rasa seram dan mengusik lelaki tersebut di ruangan komentar.

“Pernah kena benda sama. Akhirnya saya letak je di tepi kubur, ambil gambar terus lari,” kata Yus berkongsi pengalamannya.

“Awak tak bagi salam. Macam mana dia nak keluar dari tanah, ambil order dia,” tulis Ehsby dalam nada mengusik.

“Aku ingat aku seorang je kena macam ni, dekat tempat sama. Dah lah kubur Parit Karjo tu keras,” komen Adib yang pernah menjadi mangsa kejadian serupa. – KOSMO! ONLINE

@laicibpYg order ni tgh gali kubur ke?? Atau dlm kubur?? Lahanat sape yg order ni… #grabfood #prankorder #grabmalaysia #grabfoodrider #batupahatproblem⚡️ #abamgrab #grabridermalaysia #grabproblem

♬ original sound – ZiziBP – ZiziBP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI