PETALING JAYA – Rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan keselamatan penduduk di negeri yang dilanda banjir terutama di Kelantan, sekali gus mengharapkan bencana tersebut segera pulih.
Menerusi tinjauan di media sosial, setiap hantaran dikongsikan penduduk di Kelantan yang dilanda banjir mendapat maklum balas rakyat dari luar negeri tersebut.
“Allahuakbar, semoga rakyat Kelantan dalam lindungan Allah,” komen seorang pengguna TikTok.
“Moga dipermudah segala urusan mangsa banjir,” ujar individu lain.
“Ya Allah selamatkan negeri Kelantan. Semoga dipermudah urusan semua umat-Mu dan kuatkan mereka semua.Aamiin,” kata pengguna TikTok yang lain.
“Allahuakbar, semoga dipermudah urusan sanak saudara, sahabat handai dan semua penduduk di sana,” komen seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE
@ekaaaaaa06_#bumikelantan #prayforkelantan #banjir2024 #fyp Keadaan air kelantan