PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri yang terlibat adalah Selangor, Sarawak serta Sabah.
“Di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beberapa daerah di Sarawak turut berdepan cuaca buruk petang ini melibatkan Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang.
“Bagi Sabah pula, angin kencang dan hujan lebat diramalkan berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau) petang ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE