fbpx

Pencen ilat penyambung hidup 3 beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARMALY dan isteri, Noraini ditemui ketika menerima sumbangan barang-barang keperluan dapur di Batu Pahat, baru-baru ini.

BATU PAHAT – Pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diterima sejak enam bulan lalu menjadi ‘tempat bergantung’ satu keluarga tiga beranak di Kampung Batu 9, Tanjung Labuh di Senggarang di sini untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

Armaly Sani, 55, berkata, de­ngan pencen ilat berjumlah RM890 sebulan yang diterima itu digunakan untuk menampung kos sara hidup bersama isteri dan seorang anak perempuan berusia 20 tahun.

Katanya, kos sara hidupnya meningkat selepas disahkan menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang dan perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu dan tidak boleh mengangkat barang berat.

Selain itu katanya, isterinya, Noraini Abd Samad, 55, turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi menyebabkan kedua-dua kakinya lemah sehingga perlu menggunakan kerusi
roda untuk bergerak.

“Keadaan ini menyebabkan anak tunggal kami perlu me­nguruskan keluarga seperti memasak, selain membantu ibunya menguruskan diri dan melupakan hasrat untuk bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga,” katanya.

Armaly dan isteri ditemui ketika menerima sumbangan barang keperluan dapur sumba­ngan Pertubuhan Infak Kasih Batu Pahat di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia turut berharap agar isterinya turut mendapat bantuan atau pencen ilat daripada Perkeso kerana pernah bekerja di sebuah kilang ketika usia mudanya bagi menambah kewangan yang diterimanya sekarang.

Ujarnya, walaupun mereka kini tinggal di rumah pusaka keluarga, namun dengan kos sara hidup yang semakin membebankan, jumlah pencen ilat diterimanya perlu dicatu untuk memenuhi keperluan harian keluarga.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Infak Kasih Batu Pahat, Idris Khalid berkata, Armaly dan isterinya Noraini merupakan salah sebuah keluarga daripada 51 penerima bantuan yang
dianjurkan oleh pihaknya.

“Program sumbangan barang keperluan dapur ini ­dianjurkan sempena ulang tahun ke-empat pertubuhan ini,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dan ingin me­nyalurkan bantuan boleh menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional 01004-41-00004600-9

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI