JAKARTA – Perbuatan seorang pemilik restoran di Indonesia yang selamba mencuci pinggan dan mangkuk dengan air sampah mengundang kecaman pengguna media sosial, lapor portal berita Abatanews semalam.
Kejadian berlaku di Kota Palembang, wilayah Sumatera Selatan beberapa hari yang lalu.
Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @noname_27277 itu menunjukkan seorang wanita sedang membersihkan sejumlah pinggan, mangkuk, periuk, sudu serta garfu.
Peralatan dan barangan tersebut bukan sahaja tidak dibersihkan dengan sabun, malah dibilas dengan air sungai dipenuhi sampah sarap.
Dia kemudian mengasingkan peralatan yang ‘bersih’ itu di tempat lain.
Rakaman itu mencatatkan lebih 319,900 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.
“Ini bukan air sungai keruh tetapi air sampah!” marah seorang netizen.
“Vitamin tambahan,” sindir netizen lain. – AGENSI