fbpx

Pasangan warga emas rentung dalam perjalanan ziarah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN warga emas dan pemandu teksi rentung dalam nahas di Jalan Jasin-Merlimau, Melaka pagi tadi.

JASIN – Hasrat pasangan suami isteri warga emas ingin menziarahi anak mereka berakhir tragedi apabila kedua-duanya serta seorang pemandu teksi rentung dalam nahas di Kampung Lanchang, Jalan Jasin-Merlimau di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, mangsa yang terlibat adalah Husali Umar, 84; Mastura Said, 60, dan pemandu teksi S. Subbramaniam, 71.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas teksi jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka dari arah Jasin menghala ke Merlimau hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tembok jambatan.

“Pasangan warga emas itu dikatakan menaiki teksi berkenaan untuk menziarahi anak mereka.

“Setiba di lokasi kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok jambatan menyebabkan kenderaan terbakar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, akibat kejadian itu kesemua mangsa rentung di tempat kejadian.

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas asli (NGV) yang dipasang pada kenderaan akibat dari kemalangan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Difahamkan, pasangan warga emas itu turut mengenali pemandu teksi berkenaan kerana sering menggunakan perkhidmatannya untuk membawa mereka ke klinik kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI