fbpx

Liga Europa: Amorim terpaksa gilir pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM bakal melakukan perubahan dalam kesebelasan utama menentang FK Bodo awal pagi esok untuk memastikan pasukan itu lebih segar. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim dilapor sedang merancang untuk membuat sistem penggiliran bagi memastikan semua pemain memahami falsafah bola sepak yang diinginkannya.

Biarpun sekadar meraih keputusan seri 1-1 menentang Ipswich Town pada aksi debut, Amorim tidak mengambil masa yang lama memperkenalkan formasi kegemarannya menggunakan tiga pemain pertahanan dan dua pemain sayap bertahan yang dianggap baru di United.

Ketika mereka bakal melalui bulan Disember yang padat menerusi tujuh aksi Liga Perdana Inggeris, dua pertemuan Liga Europa dan aksi suku akhir Piala Liga Inggeris, Amorim perlu memastikan para pemainnya segera memahami keinginannya.

Menyedari keperluan tersebut, beliau merancang untuk mengadakan sesi intensif bersama para pemain yang sering memanaskan bangku simpanan bagi memastikan mereka bersedia untuk diturunkan ketika mereka bakal beraksi setiap tiga hari.

“Kami perlu cari jalan. Saya fikir semua yang berada di kelab ini perlu menjalani latihan dengan sempurna. Setiap orang akan bermain dan semua juga akan berasa duduk di bangku simpanan.

“Berdasarkan jadual, kami perlu melakukan sistem penggiliran. Kami perlu memastikan sesi latihan berjalan dengan baik untuk memastikan pasukan meningkat dan semua pemain dapat membantu pasukan meraih kemenangan,” katanya,

Menjelang pertemuan menentang FK Bodo, Amorim dijangka membuat perubahan dari segi senarai pemain untuk memastikan pasukannya sentiasa segar dan mampu memberikan kemenangan pertama untuknya.

United kemudian akan melayan kunjungan Everton pada Ahad ini sebelum ke Emirates menentang Arsenal pada Khamis dan kembali ke Old Trafford untuk menentang Nottingham Forest pada 8 Disember nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI