fbpx

Lepas bekalan elektrik putus, rakyat Kelantan ada masalah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Selepas beberapa kawasan di Kelantan terpaksa dipotong bekalan elektrik buat sementara waktu oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) akibat banjir, kini rakyat di negeri itu terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air bersih.

Dalam satu hebahan yang dilakukan pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), gangguan bekalan air pula bakal berlaku setelah LRA Merbau Chondong dihentitugas buat sementara waktu.

Keadaan itu berlaku selepas pihak TNB menutup bekalan elektrik mereka disebabkan keadaan banjir yang sedang berlaku ketika ini.

Antara kawasan terjejas adalah; Kota Bharu Selatan, Kota Bharu Timur, Machang serta Pasir Puteh.

“Keadaan tersebut dijangka akan berlaku sehingga Sabtu nanti (30 November 2024) di kawasan dan jajahan terlibat.

“Dijangka seramai 34,094 pengguna bakal terjejas dalam tempoh dua hari (48 jam),” jelas hebahan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI