fbpx

Kedai makan jijik, kotor najis lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bahagian dapur salah sebuah premis yang diarahkan tutup MBDK.

KLANG – “Jijik dan meloyakan,” itu gambaran tepat keadaan lima buah premis makanan sekitar Taman Klang Utama dan Taman Aman Perdana di sini yang diperiksa Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), semalam.

Hasil pemeriksaan selama tiga jam pukul 9 pagi tersebut menemukan tahi tikus, lipas, peti ais berlumut serta rak simpanan bahan mentah pula tidak disusun rapi dan berselerak.

Pengarah Jabatan Kesihatan MBDK, Azmi Muji berkata, berdasarkan siasatan mendapati kesemua kedai tersebut telah beroperasi sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, rata-rata pekerjanya merupakan warga Bangladesh namun mempunyai suntikan tifoid.

“Kesalahan yang dilakukan amat besar dan tak dapat maafkan kerana terlalu kotor.

“Sepanjang pemeriksaan juga didapati berlaku campuran peletakkan bahan mentah dan sudah dimasak seterusnya boleh menyebabkan pencemaran silang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azmi menambah, situasi ini membuktikan pengusaha premis gagal menjaga kebersihan selain memastikan premis bebas daripada infestasi lipas, lalat dan tikus.

Justeru, katanya kelima-lima premis ini telah diarah tutup selama 14 hari bermula semalam di bawah Peruntukan 62 (1)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007.

“Sepanjang Januari hingga November ini dianggarkan 55 buah premis kotor telah diarah tutup oleh pihak kami.

“Kita mengingatkan pengusaha premis makanan lebih peka bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini termasuk keracunan makanan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI