KEADAAN persekitaran Kampung Umoja serupa dengan perkampungan lain di wilayah Samburu di Timur Laut Kenya. Namun, kampung tersebut memiliki satu undang-undang ketat iaitu lelaki tidak dibenarkan tinggal di dalam sempadannya. Umoja bermaksud ‘perpaduan’ dalam bahasa Swahili yang bermaksud sebuah kampung eksklusif wanita yang diketuai oleh Rebecca Lolosoli. Di kampung tersebut, wanita memainkan peranan sepenuhnya sebagai pemimpin, pemilik rumah, usahawan dan penjaga komuniti. Menurut salah seorang penduduk, Judia, kampung tersebut merupakan penyelamat dirinya setelah hampir dijual pada usia 13 tahun. “Setiap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya