ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 669 sekolah di negeri ini telah diwartakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) sebagai persediaan menghadapi bencana banjir yang melanda.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 143 sekolah terbabit merupakan sekolah menengah.
Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah melakukan penyelarasan dan persediaan rapi khususnya melibatkan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas bencana banjir.
Tambah Aznan, aspek atur gerak pelajar terjejas banjir juga telah diselaraskan sejajar saranan Menteri Besar yang mahu ia diselaraskan lebih awal sebagai persediaan. – KOSMO! ONLINE