fbpx

Isu persenjataan negara tidak boleh dibincang secara terbuka – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika Sidang Dewan Rakyat hari ini. Foto JABATAN PENERANGAN

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, spesifikasi teknikal dan keperluan keselamatan negara tidak boleh dibincangkan secara terbuka.

Ujar beliau, malah tiada mana-mana negara dalam dunia berbincang mengenai keperluan teknikal keselamatan mereka kepada umum.

“Kalau isu pembelian senjata ini pun kita dah umumkan setakat yang boleh, tetapi apakah keistimewaan setiap helikopter, saya tidak fikir boleh dibahasakan oleh jawatankuasa parlimen.

“Tidak sesuai membincangkan perkara berkaitan keselamatan negara seperti spesifikasi, keperluan dan keupayaan peralatan ketenteraan kita (secara umum),” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) sama ada helikopter yang dibekalkan kepada tentera telah melalui ujian dan memenuhi spesifikasi ketenteraan.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, faktor penyelenggaraan, pembaikan dan ‘overhaul’ antara faktor pemilikan helikopter pasukan pertahanan dilaksanakan secara pajakan.

Menurut beliau, konsep pajakan helikopter malah perlu memastikan tahap ketersediaan dan kesiagaan helikopter yang dibekalkan oleh syarikat terpilih pada tahap 85 peratus.

“Walaupun sesetengah negara kata beli lebih murah, tetapi penyelenggaraan akhirnya lebih mahal daripada pesawat. Pajakan mengurangkan beban kewangan.

“Saya fikir inilah untuk kelengkapan ketenteraan iaitu sistem pajakan sebab ia menjamin ketelusan, elak kerugian dan tanggungan kewangan yang tidak menentu,” katanya. – KOSMO! ONLINE *

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI