fbpx

Hidup tidak tenteram diganggu roh kucing hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lampduan sering bertindak di luar jangkaan seperti mengacukan pisau. - Khaosod

BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Nakhon Sawan mendakwa dirinya kerap dihantui oleh roh kucing hitam yang memanjat tingkap rumahnya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ia menyebabkan wanita bernama Lampduan, 52, itu sering bertindak di luar jangkaan seperti mengacukan pisau, membuatkan ahli keluarganya berasa bimbang.

Mereka membawa Lampduan menjalani rawatan di hospital selama dua bulan, namun keadaan wanita tersebut masih sama.

“Baru-baru ini, banyak kejadian aneh berlaku kepada saya dan ada masanya bunyi seperti seseorang menggoncangkan pintu.

“Tiada sesiapa yang percayakan atau membantu saya,” kata  Lampduan.

Menurut anak lelaki  Lampduan, Sonram, ibunya kerap memegang pisau dan membaca jampi serapah yang pelik. 

Ujar Sonram, terdapat keadaan di mana ibunya cuba mencederakan diri sendiri, dan tingkah laku itu berterusan selama beberapa bulan, malah semakin meningkat dalam tempoh tiga hingga empat hari lalu.

“Saya telah membawa ibu saya ke hospital di Chon Buri dan Nakhon Sawan tetapi dia masih belum sembuh. 

“Kami telah mencuba perubatan moden dan tradisional, tetapi tiada apa yang berhasil. Saya sangat berharap agar perawat tradisional dapat membantu,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI